fbpx
Rosni menunjukkan MyKad miliknya yang tertera namanya yang unik.

‘Orang panggil saya Ringgit Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang pesara guru cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan ekoran namanya yang unik iaitu Rosni (Malaysia) Buyong, sehingga dia sering disapa dengan panggilan RM atau Ringgit Malaysia.

Rosni, 62, berkata, dia bertuah kerana dilahirkan pada tanggal 16 September 1963 di hospital tentera di Padang Tembak, Kuala Lumpur, bersamaan dengan tarikh pembentukan negara Malaysia.

Katanya, nama tersebut diberikan oleh arwah bapanya sempena tarikh tersebut.

“Ketika kecil, sukar juga untuk menyesuaikan diri dengan nama sebegitu, tetapi lama-kelamaan teruja kerana jelas membawa identiti negara ini.

“Bahkan, saya pernah menjadi anak angkat kepada Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dan kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Jalan Sungai Klah, Sungkai di sini semalam.

Menurutnya, semasa menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan, Pahang, anak muridnya turut memanggilnya dengan nama Cikgu RM.

“Saya tidak pernah ambil hati, malah membolehkan saya rapat dengan mereka.

“Kami sekeluarga juga sudah terbiasa berpindah-randah kerana arwah ayah seorang pegawai tentera, manakala suami pula pesara polis,” katanya.

Menurutnya, dahulu beliau pernah berdepan kesukaran untuk berurusan dengan pihak kerajaan dan bank.

“Apabila saya berurusan dengan pejabat kerajaan atau pihak bank, mereka akan mempertikaikan nama tersebut dengan pertanyaan adakah nama itu betul kerana ada perkataan Malaysia.

“Saya menjelaskan dilahirkan pada Hari Malaysia yang menyebabkan akhirnya mereka akan faham sebelum memuji keunikan nama tersebut yang jarang ada pada orang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN