fbpx
LEBAH betina yang yang mempunyai dua tanduk. - Foto Dr. Kit Prendergast/Universiti Curtin

Saintis temui lebah betina miliki dua tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Sekumpulan saintis yang melakukan tinjauan terhadap sejenis bunga liar terancam di Australia secara tidak sengaja menemui spesies lebah betina baharu yang mempunyai dua tanduk kecil seperti syaitan, lapor portal berita Independent hari ini.

Lebah tersebut diberi nama spesies Megachile Lucifer dan  ditemui di kawasan Goldfields, Australia Barat. Penemuan berlaku ketika mereka mengkaji bunga liar yang amat terancam. 

Mereka berkata, rupa muka lebah betina yang bertanduk  itu yang mengilhamkan nama Lucifer yang bermaksud syaitan.

Ini kerana lebah tersebut memiliki penampilan seperti syaitan.

“Lebah betina ini mempunyai tanduk kecil yang luar biasa pada wajah. Semasa saya menulis penerangan spesies baharu ini, saya sedang menonton rancangan Netflix (berjudul) Lucifer, dan nama itu memang sesuai. 

“Saya juga peminat besar watak Lucifer dalam siri tersebut, jadi ia memang pilihan yang tepat,” kata seorang ahli ekologi lebah,  Dr. Kit Prendergast dari Universiti Curtin yang juga pengarang kajian itu dalam Journal of Hymenoptera Research. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN