fbpx
Tangkap layar pengalaman bekas pelajar tersebut.

Pengalaman berlapar pada 2004 demi cita-cita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah seorang bekas pelajar universiti yang berkongsi pengalaman hidup susah sewaktu menuntut di universiti mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Threads oleh @sedetikhidup, individu tersebut menceritakan kehidupannya sebagai pelajar pada tahun 2004 ketika dia langsung tidak mempunyai wang sehingga terpaksa berlapar selama tiga hari dan hanya mampu minum air gula bagi mengisi perut.

Namun tanpa disangka, ketika dia tidak lagi berdaya untuk ke kelas dan hanya berbaring kerana keletihan, seorang pelajar mengajaknya makan malah turut menanggung bayaran makanannya.

“Tiba-tiba, ada seorang senior ketuk pintu bilik, dia ajak makan dekat pesta konvokesyen, siap sebut dia belanja. Itulah nasi ayam paling sedap aku pernah makan. Aku doa kakak tu sentiasa dilancarkan urusan rezekinya,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Kisah tersebut menyentuh hati ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Pengalaman ikat perut di asrama membuatkan saya lebih berhati-hati menyara anak di IPT. Pantang anak telefon minta duit, saya terus masukkan,” komen @suz_anies.

“Aduh, kasihannya. Demi ilmu dan cita-cita sanggup berlapar, tapi pengalaman begini yang jadikan kita kuat. Susah sekarang, senang kemudian,” kata Dayangku Yati.

“Saya pun pernah rasa. Tahun 1989 dulu, berlapar sebab tak cukup duit makan. Lama dah, tapi masih segar dalam ingatan,” ujar Md Said Kassim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN