fbpx
RYBAKINA mencipta sensasi apabila menjuarai WTA Finals dengan menewaskan Sabalenka dengan kemenangan straight set. - AFP

Rybakina cipta sejarah baharu tenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Elena Rybakina menutup minggu sempurna di WTA Finals dengan menewaskan bintang No. 1 dunia, Aryna Sabalenka 6-3, 7-6 (7/0) untuk merangkul kejuaraan sulungnya di kejohanan penamat musim itu di Riyadh, Arab Saudi awal pagi semalam.

Rybakina yang muncul pemain terakhir melayakkan diri ke WTA Finals selepas kejayaan di Ningbo, China dan mara ke separuh akhir di Tokyo, membuktikan ketenangannya dengan persembahan bertenaga sepanjang kejohanan tanpa sebarang kekalahan.

Pemain Kazakhstan berusia 26 tahun itu turut meraih 1,500 mata ranking iaitu kutipan terbesar dalam kariernya selepas pernah dinafikan sebarang mata susulan kemenangan di Wimbledon 2022 akibat larangan penyertaan pemain Rusia dan Belarus.

“Ia minggu yang luar biasa. Saya tak jangka boleh pergi sejauh ini, tetapi semuanya terasa menakjubkan,” kata Rybakina selepas menerima Trofi Billie Jean King iaitu gelaran ketiganya musim ini dan turut membawa pulang hadiah bernilai AS$5.235 juta (RM219.11 juta).

Rybakina selaku uara pertama dari Kazakhstan dalam sejarah WTA Finals turut memuji Sabalenka yang menamatkan musim sebagai pemain No.1 dunia tahun kedua berturut-turut.

“Hari ini perlawanan sangat sengit. Ada detik yang saya kurang selesa, tapi begitulah tenis. Saya harap kami akan bertemu lagi dalam banyak final selepas ini,” katanya.

Dalam pertemuan ulangan final Terbuka Australia 2023, Rybakina memulakan aksi dengan agresif, mematahkan servis Sabalenka untuk mendahului 4-2 sebelum menutup set pertama hasil rangkaian pukulan kencang dari kedua-dua sisi gelanggang.

“Ia bukan prestasi terbaik saya, tapi Elena bermain luar biasa. Kamu benar-benar menewaskan saya hari ini. Saya gembira melihat kamu kembali pada tahap terbaik,” kata Sabalenka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN