fbpx
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

UMNO belum buat keputusan terima kembali KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – UMNO setakat ini belum membuat sebarang keputusan untuk menerima kembali bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyertai parti Melayu berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak parti juga setakat ini belum membincangkan perkara berkenaan.

“Setakat ini belum lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mengesahkan telah bertemu dengan Khairy pada majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.

“Saya cuma bertemu dengan beliau (Khairy) di majlis perkahwinan itu dan kita tidak membincangkan apa-apa pun.

“Apa yang terpapar di dalam media itu adalah berita yang ditulis oleh media itu dan saya amat menghormatinya. Saya tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang menulis mengenai perkara itu, seperti mana yang pernah disanggah oleh seseorang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI