fbpx
Muhammad Asyraf dan Siti Sarah menunjukkan bawang goreng yang dijual mereka ketika ditemui di Tampin semalam.

Raih RM30,000 seminggu jual bawang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Sepasang suami isteri bukan sahaja meraih pendapatan lumayan dengan menjual bawang goreng, malah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang membantu mereka mencari rezeki setiap hari sejak setahun lalu.

Muhammad Asyraf Dahalan, 34, berkata, dia dan isterinya, Siti Sarah Sukeran, 34, memperoleh sehingga RM30,000 dengan menjual 300 botol bawang goreng seminggu.

Katanya, mereka membuat banyak percubaan bagi menghasilkan bawang goreng berkualiti dan sedap selain menepati citarasa pelanggan.

“Isteri memang pandai masak. Jadi Jun lalu kami nekad membeli enam bakul bawang ros 24 kilogram dan menjualnya dengan jenama Kak Sarah Bawang kepada penduduk dan kedai makan.

“Dugaan memang ada dan kami pernah ditipu pembekal kononnya menjual 100 kilogram bawang ros tetapi bukan. Bila goreng ia tidak jadi-jadi dan kami terpaksa menjual bawang yang sudah dihiris ke kedai-kedai,” katanya.

Siti Sarah pula memberitahu, dia kini mempunyai lima pekerja yang membantunya dengan upah berpatutan untuk mengupas dan menggoreng bawang.

Katanya, dia menjual bawang goreng itu pada harga RM19 untuk 100 gram (g) hingga RM88.22 (550g).

Menurutnya, dia berharap agar produk itu akan terus berkembang dan bukan hanya dijual di seluruh negara, bahkan ke luar negara.

Pasangan itu merupakan graduan dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Sukan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN