fbpx
Tangkap layar hantaran oleh @MargoMartin47 di aplikasi X, memaparkan lebuh raya bersih yang dilalui konvoi Presiden Amerika Syarikat ke KLCC.

Trump tiba di Malaysia, ramai puji lebuh raya bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konvoi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menarik perhatian netizen dengan lebuh raya yang bersih.

Menerusi perkongsian hantaran oleh Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat, Margo Martin di aplikasi X, berkongsi video perarakan kenderaan rasmi presiden dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

“Konvoi rombongan Presiden Trump di Malaysia dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN,” ujarnya.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan deretan kenderaan hitam rombongan Presiden AS dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Trump dijadual berlangsung pada Majlis Makan Malam Pemimpin ASEAN malam ini.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang memuji keadaan lebuh raya yang bersih serta cuaca yang baik pada hari ini.

“Lebuh raya itu kelihatan bersih berbanding negara lain tetapi masih ramai menganggap Malaysia sebagai negara dunia ketiga,” kata Chris.

“Nampak bersih dan lancar perjalanan rombongan Presiden Trump. Beginilah hasilnya apabila negara melabur dalam pembangunan infrastrukturnya supaya rakyat dapat manfaatnya,” komen @WAServers

Difahamkan, Trump bersama beberapa pemimpin serantau lain bakal membincangkan isu ekonomi, keselamatan dan hubungan diplomatik antara ASEAN.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan ‘The Beast’ kenderaan limosin jenis Cadillac One 2009 yang membawa Presiden AS itu selamat tiba di KLCC kira-kira pukul 10.58 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI