fbpx
RAISA memasuki senarai terbaharu selebriti Indonesia yang kini teruji masalah rumah tangga.

Failkan online, Raisa pun nak cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Teka-teki terjawab, penyanyi jelita Indonesia Raisa sah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Hamish Daud.

Perkara tersebut disahihkan wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel) iaitu Abid M.H dengan mendedahkan tuntutan berkenaan tersebut difailkan pihak Raisa terhadap Hamish pada 22 Oktober iaitu Selasa lalu.

“Perceraian didaftar secara online oleh Raisa pada 22 Oktober 2025 dan telah berada dalam sistem kami.

“Prosiding pertama kes perceraian pihak-pihak berkenaan (Raisa dan Hamish) adalah pada 3 November 2025 di PA Jaksel,” katanya.

Bagaimanapun, Abid menegaskan tidak mengetahui punca Raisa memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Sejak semalam, dakwaan keretakan rumah tangga Raisa dan Hamish bertiup kencang dalam media sosial selain mengundang pelbagai reaksi peminat yang berharap perkara tersebut tidak benar.

Meski hangat menjadi bahan bualan ramai, Raisa mahupun Hamish sehingga kini masih mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai dakwaan perceraian tersebut.

Sebelum ini, status rumah tangga Raisa juga sering menjadi bualan ramai apabila Hamish jarang menemaninya ke acara hiburan.

Terdahulu, Raisa Andriana, 35, dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta.

Hasl perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zalina Raine Wyllie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI