fbpx
Fisol pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Penugasan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Hangar Lapangan Terbang Lama, Bandar Malaysia hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

Sidang Kemuncak ASEAN: PDRM perkukuh kawalan keselamatan delegasi berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan kawalan keselamatan terhadap delegasi berisiko tinggi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung 26 hingga 28 Oktober ini.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Datuk Fisol Salleh berkata, tugasan pengawasan itu dilaksanakan oleh pasukan khas termasuk Unit Tindakan Khas (UTK), Cawangan Khas serta beberapa unit terlatih lain.

Katanya, penugasan keselamatan pada sidang berkenaan turut melibatkan lebih 10,000 pegawai dan anggota dari pelbagai kontinjen polis di seluruh negara.

“Sebahagian besar anggota mula melapor diri sejak awal minggu ini bagi memastikan kelancaran operasi dan penempatan di lokasi strategik termasuk 24 buah hotel yang menempatkan para delegasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Taklimat Penugasan PDRM sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini.

Beliau berkata, beberapa aset keselamatan dan logistik baharu turut digunakan termasuk kenderaan kawalan khas yang diterima daripada Pasukan Gerakan Am bagi memperkukuh keupayaan operasi di lapangan.

Tambahnya, tiada sekatan penuh atau akan dilaksanakan sepanjang sidang kemuncak berlangsung, namun polis akan mempertingkat kawalan dan pemantauan lalu lintas di kawasan utama ibu negara.

“Orang awam masih boleh bergerak seperti biasa tetapi disaran mengurangkan pergerakan tidak perlu.

“Sekolah dan beberapa pejabat kerajaan juga telah diarahkan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan bekerja dari rumah bagi membantu mengurangkan kesesakan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyeru kerjasama semua pihak agar memberikan sokongan terhadap penugasan pasukan keselamatan bagi memastikan sidang kemuncak berprestij itu berjalan lancar dan teratur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI