fbpx
Beyonce mengejutkan ramai apabila tampil berhijab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Qatar baru-baru ini.

Beyonce kejutkan orang ramai, bertudung, berabaya di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi ternama antarabangsa Beyonce mengejutkan ramai apabila tampil berhijab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Qatar baru-baru ini.

Difahamkan, dia berada di Qatar bersama suaminya yang juga penyanyi rap, Jay-Z atas urusan bisnes.

Menerusi foto tular dalam media sosial hari ini, penyanyi lagu Halo itu lengkap menggayakan busana persalinan jubah serba hitam bersama selendang yang dililit pada bahagian kepala selain memakai sepasang kaca mata warna gelap.

Perkara tersebut membuatkan ramai terkejut namun tetap dihujani dengan pujian ramai kerana dikatakan menghormati budaya dan agama di negara orang.

“Masya-Allah, Beyonce kita berhijab!

“Tidak kisah penampilan itu untuk menyamar atau sebagainya, sekurang-kurangnya Beyonce menghormati budaya dan agama di Qatar, sangat bagus!

“Walaupun bertudung, kami tetap kenal awak, Beyonce!” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI