fbpx
Pengurus Besar, Strategi Pemasaran & Komunikasi PDB, Cheok Yen Kwan (dua, kiri) dan Ketua Perbankan Pelanggan Malaysia, CIMB, Daniel Cheong (dua kanan) bergambar bersama Kad Debit Visa CIMB Petronas.

CIMB, Petronas tawar pengguna kad pulangan tunai RM2,000 setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad (CIMB) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) bekerjasama sekali lagi untuk meringankan kos sara hidup pelanggan menerusi pelancaran Kad Debit Visa CIMB Petronas baharu, yang menawarkan penjimatan melalui pulangan tunai bagi perbelanjaan minyak dan berkaitan kereta.

Ia mengembangkan lagi barisan kad petrol CIMB, sebagai tambahan kepada Kad Kredit Visa CIMB Petronas. Pelanggan yang memegang kedua-dua kad debit dan kredit berkenaan boleh menikmati pulangan tunai kira-kira RM2,000 setahun.

Perkongsian antara CIMB dan PDB itu turut mencerminkan semangat Kita Bagi Jadi, gerakan sosial bank yang bertujuan untuk mencetuskan impak positif dan ketahanan kewangan dalam masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Malaysia, Gurdip Singh Sidhu berkata, kad berkenaan direka untuk menyediakan pelanggan penjimatan bahan api dan lain-lain perbelanjaan penting berkaitan kereta.

“Dengan membolehkan penjimatan ini, kami menyasarkan untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan membantu mereka membina daya tahan kewangan lebih baik, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Petronas sekali lagi, susulan kerjasama terdahulu untuk kad kredit. Kerjasama antara korporat besar Malaysia seperti ini membolehkan kami membawa pakej dan tawaran yang bermakna untuk membantu memajukan pelanggan dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kad Debit Visa CIMB Petronas memberikan pulangan tunai 10 peratus pada transaksi bersama Petronas termasuk di Kafe Mesra, tambah nilai aplikasi Setel dan stesen pengecasan kenderaan elektrik terpilih.

Selain itu, pengguna kad boleh menikmati pulangan tunai 10 peratus untuk insurans motor dan takaful, serta pulangan tunai 10 peratus untuk perkhidmatan mencuci kereta. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI