fbpx
SEBUAH padang awam di Manjung kini sunyi sepi daripada pengunjung berikutan masalah bau najis haiwan peliharaan penduduk.

Jangan biar haiwan peliharaan buang najis di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Duduk berjiran dalam taman perumahan yang berbilang kaum memang satu perkara yang tidak dapat dielakkan bagi sesetengah orang terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

Bagaimanapun, diharapkan penduduk di satu-satu kawasan itu perlu menjaga haiwan peliharaan mereka dan tidak menjadikan padang awam di taman perumahan sebagai tempat membuang najis.

Ini yang terjadi pada padang awam di sebuah kawasan perumahan di Seri Manjung, Perak apabila terdapat segelintir penduduk kurang peka dalam perkara ini dengan membiarkan haiwan peliharaan mereka membuang najis merata-rata.

Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi sepi dan tidak lagi dikunjungi warga taman perumahan tersebut kerana tidak tahan dengan bau najis haiwan peliharaan tersebut.

Jika sebelum ini ramai yang datang untuk beriadah pada waktu petang dan hujung minggu, tetapi fenomena itu tidak lagi berlaku sekarang.

Diharapkan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memantau perkara ini daripada terus berlarutan demi kebaikan semua pihak dengan mengambil tindakan ke atas pemilik haiwan terbabit.

Juga diharapkan agar dapat mengembalikan fungsi padang awam sebagai tempat istirahat dan riadah orang ramai.

Harap semua pihak yang hidup berjiran dengan pelbagai bangsa peka dengan isu ini agar keadaan itu tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Nur Helmi Abd. Halim
Seri Manjung, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN