fbpx
TERTUDUH (tengah) diiringi oleh seorang anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel seorang kenalan lelaki, Jun lalu.-FOTO DANIAL SAAD

Ibu 6 anak didenda RM10,000 ugut sebar gambar ‘aib’ kenalan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang suri rumah didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel lelaki yang dikenalinya melalui media sosial Jun lalu.

Tertuduh, Nur Husna Noor Baharuddin, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi. Mahkamah turut memerintahkan ibu enam anak itu dihukum penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Wanita itu didakwa melakukan pemerasan terhadap lelaki berusia 28 tahun tersebut menerusi telefon sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM3,750 di sebuah rumah di Lintang Kampung Rawa 1 di sini pada pukul 3.30 pagi, 14 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh menerusi Facebook pada 12 Jun lalu sebelum wanita itu menawarkan untuk menghantar gambar dan video bogelnya.

Mangsa yang terperdaya bersetuju dan menerima kandungan lucah tersebut melalui WhatsApp. Bagaimanapun, dua hari kemudian, tertuduh mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa di media sosial sekiranya tidak diberikan wang RM3,750.

Akibat ketakutan, mangsa melakukan 10 transaksi pemindahan wang ke dalam akaun tertuduh, namun wanita itu masih menuntut bayaran tambahan sehingga mangsa kehabisan wang. Lelaki itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI