fbpx
Proses pemasangan lampu jalan solar yang dijalankan pihak JKR. Kredit foto JKR Selangor.

Dewan Rakyat: 9,759 lampu solar telah dipasang di Semenanjung – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,759 unit lampu jalan solar telah dipasang di Jalan Persekutuan seluruh Semenanjung sejak 2019 bagi menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemasangan lampu jalan solar itu  mampu meningkatkan keselamatan jalan raya di kawasan berisiko tinggi.

“Pemasangan lampu dilaksanakan melalui Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya, dengan tumpuan di kawasan yang gelap dan sering berlaku kemalangan seperti persimpangan, selekoh, jambatan serta lokasi yang mempunyai rekod kemalangan tinggi.

“Pemasangan lampu ini memberi kelebihan sudut kos penyelenggaraan selain mesra alam serta sesuai untuk kawasan yang jauh dari sistem grid elektrik atau sering berlaku kecurian kabel dan vandalisme,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN– Tenggara) yang ingin tahu perancangan kementerian memperluas penggunaan lampu solar bagi mengurangkan kos elektrik jangka panjang serta menyokong agenda tenaga boleh diperbaharui negara.

Tambah Ahmad, program pemasangan lampu jalan ini akan diteruskan pelaksanaannya agar aspek keselamatan jalan raya sentiasa dapat dipertingkatkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI