fbpx
PELAKON berusia 32 tahun ini sangat gemar menggunakan Apple AirPods sambil mendengar alunan muzik ketika menelaah skrip.

Kahoe Hon dengar muzik sambil baca skri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP daripada kita mempunyai cara dan pandangan tersendiri terhadap penggunaan gajet dalam memenuhi keperluan peribadi mahupun untuk kerja setiap hari.

Begitu juga dengan aktor filem Badak yang memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia 2 Oktober lalu iaitu Kahoe Hon.

Pelakon berusia 32 tahun itu memberitahu, dia  sangat gemar menggunakan Apple AirPods sambil mendengar alunan muzik menerusi aplikasi penstriman, Spotify saat menelaah skrip.

Baginya cara sebegitu bukan sahaja dapat membantu untuk lebih memahami watak dan jalan cerita tetapi membuatkan emosinya turut terbuai sama mengikut alur cerita yang dibaca.

“Kalau baca skrip saya memang tidak boleh melakukannya di rumah kerana ruang tersebut terlalu selesa dan berkemungkinan akan mengganggu proses untuk mendalami skrip.

“Jadi, saya suka pergi keluar ke tempat yang tidak terlalu ramai dan selesa untuk melakukan kerja sudah memadai.

“Bagi boost (merangsang) minda, saya akan baca sambil dengar lagu sebab muzik bukan sekadar hiburan tetapi satu medium untuk menenangkan fikiran serta membantu menjiwai skrip,” katanya kepada K-Tekno.

Selain mendengar muzik, Kahoe menggunakan telefon pintarnya untuk akses kepada platform media sosial yang memperuntukkan dia untuk aktif menghasilkan kandungan dan interaktif dengan peminat.

Langkah tersebut diambil selepas mendapat saranan daripada pengurusnya agar bergerak seiring dengan kehendak peminat masa kini sementelah era digital sekarang memerlukan golongan selebriti ‘hadir’ di ruang maya.

APLIKASI penstriman, Spotify menjadi pilihan Kahoe untuk mendengar muzik.

“Saya faham sekarang ini peminat suka melihat kandungan selebriti sama ada menari atau berjenaka di media sosial. Walaupun agak janggal tetapi saya cuba untuk membiasakan diri atas dasar kerja.

“Memang sangat lain, sebab kadangkala saya perlu jadi sangat kelakar atau menari tetapi pada saya yang penting adalah apa orang suka pada masa sekarang, jadi kita cuba pelbagai cara untuk mendekati peminat. Sama ada saya suka atau tidak, saya perlu membiasakan diri juga.

“Jadi, boleh dikatakan kebanyakan masa yang ada saya gunakan telefon bimbit untuk akses media sosial,” katanya.

Di sebalik penggunaan gajet yang sederhana, Kahoe tetap menggunakan teknologi untuk menambah ilmu pengetahuan dengan cara dokumentari atau kupasan kes jenayah atau video pengembaraan di YouTube.

KAHOE juga suka menonton video pendek di YouTube dengan kes jenayah, pengembaraan dan dokumentari.

Bukan sekadar mengisi masa lapang, kandungan hiburan sebegitu membuatkan Kahoe mendapat inspirasi yang berkemungkinan membantu dalam kerjayanya sebagai pelakon.

“Mungkin masa kini ramai yang suka menonton video audio siar tetapi saya pula lebih senang dengan menonton video pendek sekitar 20 atau 30 minit di YouTube dengan kes jenayah, pengembaraan mahupun dokumentari tentang sesuatu perkara.

“Bukan sahaja saya menontonnya sekadar suka-suka tetapi cara ini juga boleh membantu saya untuk lebih faham tentang latar budaya dan psikologi manusia dari pelbagai latar serta negara berbeza,” ujarnya.

Biarpun mengakui sangat gemar menggunakan telefon pada waktu lapang, bagaimanapun Kahoe tidak menjadikan gajet itu sebagai obsesi yang membuatkan dirinya hilang fokus.

Kahoe tidak melihat teknologi sebagai keutamaan hidup tetapi lebih kepada alat untuk menyokong minat, kerjaya serta komunikasi.

Sikapnya itu menggambarkan gaya hidup seorang selebriti yang memilih untuk memberi ruang pada kehidupan nyata sambil tetap menyesuaikan diri dengan keperluan dunia moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN