fbpx
Keadaan Balai Polis Langgar di Langgar, Alor Setar yang dilanda banjir sejak semalam.

Balai Polis Langgar turut ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kira-kira 100 rumah dan premis perniagaan serta sebuah balai polis di Langgar, di sini ditenggelami banjir sejak tengah hari semalam.

Tinjauan di beberapa kampung dan pondok pengajian Islam di sekitar Makam Diraja Langgar mendapati banyak rumah sudah dinaiki air dengan ada yang sehingga paras pinggang.

Sementara itu, hampir keseluruhan kawasan di Balai Polis Langgar dipenuhi air.

Menerusi hantaran di Facebook Polis Kota Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad turun melawat balai polis tersebut, malam tadi.

Sumbangan makanan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah turut disampaikan kepada anggota balai yang bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI