fbpx
Sani Araby semasa sidang akhbar khas terkini Misi GSF di SNCC di Sepang, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Pertemuan tertutup dengan keluarga sukarelawan Sumud Flotilla dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) akan menggerakkan sekretariat bagi mengadakan pertemuan secara tertutup dengan kesemua 23 ahli keluarga sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pertemuan itu dibuat bagi menyampaikan perkembangan terkini selepas sukarelawan ditahan pihak tentera Israel.

Katanya, SNCC tidak mahu ahli keluarga atau waris sukarelawan yang terbabit menerima maklumat daripada pihak-pihak tidak berkenaan.

“SNCC akan segera mengadakan pertemuan dengan keluarga delegasi Malaysia bagi menyampaikan perkembangan terkini, memberi jaminan sokongan penuh serta memastikan mereka dimaklumkan secara berterusan mengenai situasi yang berlaku.

“Dalam soal ini saya kira keluarga adalah kumpulan pendokong utama dan mereka juga terdedah (untuk) membaca sokongan yang menguatkan dan juga boleh jadi terganggu emosi apabila melihat laporan-laporan bahawa kapal ini sudah (ditahan).

“Tugas kita adalah untuk memaklumkan bahawa ini adalah SOP (prosedur operasi standard) atau ‘pattern’ yang sudah kita jangkakan, apa yang akan berlaku dan apa yang akan dibuat, itu tugas kita kerana kita tidak mahu pihak kedua yang bercakap,” katanya menerusi sidang akhbar di SNCC di sini hari ini.

Terdahulu, SNCC mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI