fbpx
Perlawanan tamat Sabah FC dan Bunga Raya FC terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat tanpa sebarang aksi mencemaskan dari kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, petang tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Piala FA: Sabah FC ke suku akhir, singkir Bunga Raya FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sabah FC mengesahkan mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan wakil Liga A1 Semi-Pro, Bunga Raya FC dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi, dengan agregat 6-0.

Aksi kedua pusingan 16 Piala FA antara Sabah dan Bunga Raya FC yang sebelum ini dijadualkan pada 13 September lalu terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan cuaca buruk di Stadium Likas.

Seawal perlawanan timbal balik itu, The Rhinos yang dipimpin Jean-Paul De Marigny membawa laluan mudah permainan dengan kelebihan enam gol pada perlawanan pertama pada 17 Ogos lalu di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Memasuki babak kedua perlawanan, Sabah FC dilihat menggandakan usaha untuk mencipta jaringan, namun usaha berakhir hampa apabila gagal menewaskan penjaga gol Bunga Raya FC, Muhammad Ridzuan Azali.

Beraksi dengan hanya kira-kira 100 penyokong, kedua-duanya terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat tanpa aksi mencemaskan. Sabah FC dijangka bertemu Kelantan The Real Warrior pada suku akhir dengan perlawanan pertama berlangsung pada 17 Oktober ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI