fbpx
TIGA hari ditidurkan, keadaan kesihatan A. Aida kini semakin stabil tetapi belum dipindahkan ke wad biasa.

A. Aida sudah sedarkan diri, masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penerbit popular, Datuk A. Aida dikhabarkan semakin stabil bahkan sudah sudah sedarkan diri selepas tiga hari ditidurkan sejak Khamis lalu di sebuah pusat perubatan di sini.

Perkhabaran tersebut dikongsikan anaknya, Azeva Natasha juga pelakon yang menjelaskan setakat ini  ibunya masih berada bawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Alhamdulillah, mama sudah sedarkan diri, cuma kena selalu dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa

“Kepada kawan-kawan mama, minta maaf tetapi memang doktor tak beri orang luar untuk melawat buat masa sekarang sebab takut jangkitan kuman dan tidak mahu ambil sebarang risiko,” katanya dalam Instagram hari ini.

Dalam masa sama, Azeva berharap orang ramai akan terus mendoakan ibunya agar diberikan kesembuhan.

“Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya.

“Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua,” katanya lagi.

Terdahulu, A. Aida  atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, dilaporkan rebah selepas melakukan rawatan fisioterapi. Difahamkan dia baru dua hari menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya.

Begitupun, penerbit drama Halimah Jongang itu dikatakan dalam keadaan sihat selepas pembedahan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas sesi rawatan fisioterapi.

Menurut seorang rakan karibnya yang lain, A. Aida terpaksa ditidurkan, manakala punca tahap kesihatannya menurun belum didedahkan kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN