fbpx
ZALIMAN (dua dari kanan) menyambut Zahirul yang tiba di pintu gerbang UniMAP hari ini.

8 jam tunggang motosikal daftar masuk UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Seorang pemuda sanggup menunggang motosikal sejauh ratusan kilometer dari Sepang, Selangor untuk mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Muhammad Zahirul Hakim Zali, 23, hadir ke kampus untuk mendaftar dalam program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE).

“Sebenarnya saya enggan menyusahkan ibu bapa yang perlu menanggung lima adik-beradik lain. Dengan menaiki motosikal, saya boleh berjimat sekali gus mengurangkan beban keluarga.

“Bapa pada mulanya bimbang dengan jarak perjalanan jauh yang perlu ditempuh, namun saya menegaskan akan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan bukannya merempit,” katanya di sini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli serta pegawai bertugas sempena pendaftaran pelajar baharu menyambut Zahirul yang tiba di pintu gerbang universiti selepas lapan jam perjalanan dengan membawa baldi dan beg galas disambut .

Anak sulung itu menjelaskan, menaiki motosikal hanya menelan kos sekitar RM30 sehala selain melatih dirinya untuk lebih sabar, berdisiplin dan berani di jalan raya.

“Kalau menaiki bas atau kereta api elektrik ETS memang lebih mudah, tetapi tambangnya boleh mencecah RM100 sehala.

“Lebuhraya Utara-Selatan sudah menjadi laluan tetap saya sejak zaman diploma di universiti ini dan prinsip saya mudah jangan takut mencuba, tapi jangan leka bila sudah selesa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI