fbpx
Gambar hiasan.

Bukan setakat mengajar, cikgu juga diminta hantar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Cikgu, boleh tak hantar saya balik rumah sebab mak saya tak dapat ambil.”

Itu antara rayuan seorang murid kepada cikgu selepas tamat aktiviti perkhemahan kerana ibu bapa tidak hadir untuk menjemput di sekolah.

Menerusi perkongsian di Thread, guru itu berkata, beberapa murid memintanya menghantar pulang kerana ketiadaan ibu bapa yang sepatutnya datang mengambil mereka.

“Penat baru pulang daripada aktiviti perkhemahan sekolah, ada tiga murid kata ibu bapa minta cikgu hantar mereka pulang ke rumah dengan ada yang kata ‘ayah saya minta cikgu hantar saya balik’.

“Tiga hari aktiviti perkhemahan, tiada langsung ibu bapa murid ini mesej saya atau beri makluman tidak dapat mengambil anak. Ingatkan balik, dapat berehat terus,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai menasihatinya agar tidak menghantar murid berkenaan pulang kerana bukan di bawah tanggungjawabnya.

“Tak perlu buat sebab itu bukan kerja cikgu. Kalau kemalangan, siapa yang akan bertanggungjawab atas murid-murid dan cikgu?,” komen teachersyeri.

“Bayangkan dalam perjalanan hantar murid itu pulang, ada kemalangan terjadi mesti ibu bapa salahkan cikgu,” kata Sofea.

“Jangan hantar sebab bukan tanggungjawab cikgu. Waktu saya praktikal sebagai guru, berlaku situasi yang sama tapi pihak sekolah telefon polis dan ibu bapa murid itu ambil anak mereka di balai polis,” komen na.laoshi -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN