fbpx
Anggota polis membawa Mohamad Aswadi di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Mudir hadapi 6 lagi tuduhan ‘sentuh’ pelajar di rumah, masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang mudir pondok di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun sejak Mac hingga Jun lalu.

Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa di ruang tamu rumah dan masjid madrasah di Tumpat pada pukul pukul 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang bermula 3 Mac hingga 9 Jun lalu.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Mohamad Aswadi didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan selain dilarang mengganggu saksi dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 November ini. tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI