fbpx
Steven hadir bertemu pekerja gig dalam Program Penang Rider Jalan Teruih di Permatang Pauh, malam tadi. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Steven bertemu 1,500 ‘rider’ terangkan RUU Pekerja Gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seramai lebih 1,500 penunggang motosikal di negeri ini berkumpul bagi mendengar penerangan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, malam tadi.

Program Penang Rider Jalan Teruih anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang serta Penang Youth Development Centre (PYDC) itu merupakan sebahagian siri jelajah penerangan berhubung RUU Pekerja Gig yang diluluskan di Parlimen, baru-baru ini.

Pada program tersebut, Steven Sim mengetuai konvoi bersama 300 ‘rider’ sejauh tiga kilometer dari pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seberang Jaya menuju ke tapak utama program di Permatang Pauh, di sini.

“RUU Pekerja Gig bukan sekadar undang-undang. Ia adalah pengiktirafan bahawa pekerja gig merupakan wira moden yang menyumbang kepada ekonomi negara,” ujarnya dalam sesi dialog malam tadi.

Steven membonceng motosikal hadir bertemu pekerja gig dalam Program Penang Rider Jalan Teruih di Permatang Pauh, malam tadi. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Dalam pada itu, peserta turut diberi penerangan berhubung aspek perundangan perburuhan, keselamatan sosial serta hak-hak yang dijamin di bawah RUU tersebut.

Antara kelab motosikal yang turut serta dalam program itu adalah Xtreme Bikers Club, MSBKC, Northern Versy Owner Group, Zontes 368G Northern Rider Club, PMTC, Sahabat Honda Penaga, ATMS dan RRC Grab 2W Penang.

Program Penang Rider Jalan Teruih menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan Kerajaan dengan komuniti pekerja gig.

Siri jelajah itu juga akan diteruskan ke negeri-negeri lain bagi memastikan setiap pekerja gig mendapat maklumat, perlindungan dan manfaat sepenuhnya di bawah RUU Pekerja Gig. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI