fbpx
Anggota bomba memeriksa mangsa di tapak perkhemahan Ali River Campsite di Kuala Kubu Baharu, hari ini.

400 mangsa terperangkap kepala air di Kuala Kubu Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Kira-kira 400 orang berdepan detik cemas apabila terperangkap susulan kejadian kepala air di tapak perkhemahan Ali River Campsite, Kuala Kubu Baharu, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.47 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi lapor terdapat anggaran 400 mangsa terperangkap kepala air.

“Kesemua mangsa diarahkan berpindah ke tempat tinggi dan selamat dengan pemantauan anggota bomba sehingga limpahan air surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika ini, keadaan hujan di kawasan terbabit telah reda dan air sungai semakin surut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN