fbpx
MOHD. Zamir berdepan sembilan pertuduhan amang seksual di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Pembantu Kebajikan Masyarakat didakwa 9 pertuduhan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zamir Abdul Wahab, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 17 tahun tujuh bulan di tepi tangga dan sebuah bilik berhampiran Pejabat Pembantu Kebajikan Masyarakat di kuarters sebuah rumah perlindungan kanak-kanak.

Kejadian itu didakwa berlaku di antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam dalam tempoh November hingga Disember 2024.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Syuhada Mohd. Yusof dan Lizawati Salamon.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melarang tertuduh mendekati mangsa serta mewajibkan tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Tertuduh membayar jaminan tersebut dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN