fbpx
JONAH ketika melakukan balingan yang menyaksikan dia memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri hari ini. - FB SUKAN IPT

Jonah pecah rekod kebangsaan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan terus memahat namanya selaku jaguh sukan tersebut apabila memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri menerusi catatan 18.66 meter (m).

Balingan itu dilakukan Jonah ketika memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru hari ini.

Catatan terbaharu yang dilakukan berjaya memadam rekod lama 18.46m yang pernah dilakukannya ketika menyertai kejohanan Terbuka Pahang pada Mei tahun lalu.

Kejayaan yang dilakar atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) itu meletakkan dia sebagai antara prospek emas negara menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok Disember depan.

Balingan 18.66m yang dilakukan Jonah sudah pun mengatasi catatan pemenang pingat emas dua edisi Sukan SEA terdahulu, iaitu Sukan SEA 2023 (17.48m) serta Sukan SEA 2022 (18.14m), masing-masing dilakukan atlet Thailand, Jakkapat Noisri dan Wiliam Morrison dari Filipina.

Selain memecahkan rekod kebangsaan, Jonah turut meleburkan rekod SIPMA 15.81m yang pernah dilakukan bekas atlet kebangsaan, Adi Alifuddin Hussin.

Pada aksi final hari ini, pingat perak dimenangi Earl Isaac Mitzler Fredolin dari Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang mencatat 15.39m manakala gangsa menjadi milik seorang lagi atlet MASUM, Nathanial Majid dengan catatan 15.14m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN