fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seorang pelajar meletakkan kedua kaki di atas meja ketika gurunya sedang mengajar. - TikTok

Pelajar letak kaki atas meja, depan guru mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beberapa pelajar menerima kecaman orang ramai kerana berkelakuan tidak sopan dan mengabaikan guru yang sedang mengajar di dalam kelas mereka, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di sebuah sekolah menengah di Indonesia. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan beberapa pelajar termasuk pelajar lelaki dan perempuan tidur di dalam kelas. 

Ada antara mereka yang selamba meletakkan kedua-dua kaki di atas meja sambil bermain telefon bimbit. 

Perbuatan itu dilakukan ketika guru terbabit sedang mengajar. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Biar netizen yang ajar pelajar-pelajar itu,” kata seorang netizen. 

“Perangai budak zaman sekarang tiada adab. Itu guru bukan haiwan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI