fbpx
TSIMIKAS menyertai Roma dengan status pemain pinjaman untuk tempoh semusim. - AGENSI

Tsimikas akhirnya tinggalkan Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Pemain pertahanan Liverpool, Kostas Tsimikas menjadi pemain Greece kelapan yang menyertai AS Roma selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman daripada juara England, Liverpool.

Tsimikas mengikut jejak Jose Cholevas, Lampros Choutos, Trainos Dellas, Dimitrios Keramitsis, Kostantinos Manolas, Panagiotis Tachtsidis dan Vasilios Torosidis yang pernah menyarung jersi The Giallorossi.

“Pertahanan berusia 29 tahun itu dilahirkan di Thessaloniki pada 12 Mei 1996, memulakan karier remajanya bersama Neapoli Thessaloniki dan Panserraikos sebelum menyertai Olympiacos pada 2015 di mana dia tampil buat kali pertama secara profesional.

“Tsimikas kemudiannya menyertai Liverpool dan selama lima musim, dia sudah pun melakukan 115 penampilan di semua pertandingan.

“Tsimikas juga membantu kelab England itu memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dua Piala Liga Inggeris dan Perisai Komuniti,” menurut kenyataan AS Roma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI