fbpx
Noraidah bersama pasukan peguam mewakilinya ketika tiba di Mahkamah Korener pada Khamis. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

Inkues Zara Qairina: Peguam keluarga dibenar sebagai pihak berkepentingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Prosiding inkues berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan diteruskan seperti ditetapkan pada minggu hadapan.

Keputusan itu dibacakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Hakim Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner selepas barisan peguam diketuai Hamid Ismail memfailkan permohonan tersebut pada 19 Ogos lalu sehari selepas sebutan inkues.

Azreena turut meluluskan permohonan peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina sebagai pihak berkepentingan dan akses kepada semua dokumen yang berkaitan.

Mahkamah meluluskan permohonan peguam yang mewakili lima remaja yang dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes buli.

Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat yang hadir hari ini kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Pasukan peguam Noraidah terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh, Mohd. Luqman Syazwan dan Farrah Nasser.

Sementara itu, lima tertuduh pula diwakili peguam diketuai Datuk Ram Singh bersama Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.

Mahkamah Koroner turut dimaklumkan semua dokumen berkaitan inkues akan diserahkan kepada peguam sehari sebelum prosiding bermula manakala senarai saksi dijangka dimaklumkan selewat-lewatnya hari ini atau esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI