fbpx
LALUAN di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan ditutup satu lorong akibat lubang benam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

Lubang benam baharu, Jalan Gua Musang-Lojing ditutup satu lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Laluan di Kilometer (KM) 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini ditutup satu lorong berikutan kejadian lubang benam baharu.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub berkata, kejadian itu dikesan pada 7 Ogos lalu sebelum menjadi semakin teruk ekoran hujan yang berterusan.

“Berdasarkan laporan JKR Gua Musang, terdapat lubang benam baharu di lokasi sama sepanjang 15 meter (m) dan berkedalaman 3.1m.

“Dalam kejadian sebelum ini, tindakan sudah diambil dengan membaiki lubang itu, namun pada 7 Ogos mereka mengesan lubang benam baharu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Nik Soh berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan kegagalan pembetung dan kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan terdapat punca air pada tepi pembetung berkenaan.

“Jalan itu mempunyai empat lorong. Satu lorong ditutup dan satu lorong dibuka dari arah Lojing menghala ke Gua Musang. Kedua-dua lorong dari Gua Musang ke Lojing pula dibuka sepenuhnya.

“Keluasan kawasan mendapan semakin besar dan JKR telah melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik di lokasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo menasihatkan pengguna berhati-hati menggunakan laluan itu pada waktu malam.

Pada 23 November 2024, lubang benam sedalam enam meter berlaku di KM78 jalan sama menyebabkan laluan dari arah Lojing ditutup satu lorong.

Pada 12 Disember, lubang benam kedua berkedalaman 9m  berlaku pada jarak lima meter dari lubang benam pertama. Pada 15 Mac lalu, satu lagi lubang benam dilaporkan berlaku di lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI