SEGAMAT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada pukul 7.56 malam tadi.
Gempa bumi dengan 2.5 magnitud dikesan berlaku pada kedudukan koordinat 2.6 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur iaitu 13 kilometer (km) Utara dari Segamat.
Gegaran itu berlaku sehingga kedalaman 10 km.
MetMalaysia memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan gempa bumi berkenaan dan memberi makluman terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Kejadian terbaharu hari ini merupakan gegaran kali keempat dikesan berlaku di daerah Segamat.
Pada Ahad lalu, dua kejadian gempa bumi lemah di Johor masing-masing berlaku pada pukul 6.13 pagi dan 9 pagi.
Semalam, gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud sekali lagi dikesan berlaku di Segamag pada pukul 8.59 pagi. – KOSMO! ONLINE