fbpx
Khoo Kean Shin masih hilang sejak dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 6 petang semalam di Bandar Kinrara pada Sabtu lalu.

Remaja autistik hilang sejak Sabtu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Seorang remaja lelaki berusia 17 yang menghidap autistik dan ADHD dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Kinrara 5, Bandar Kinrara, di sini, sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata laporan kehilangan dibuat oleh ibu pengadu berusia 47 tahun hari ini.

Menurutnya, Khoo Kean Shin, dipercayai keluar rumah kira-kira pukul 6 petang semalam dan sehingga kini masih belum pulang.

“Remaja itu berkulit cerah, berambut pendek hitam dan berketinggian kira-kira 180 sentimeter,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sivanantha Madewan di talian 03-8076 2222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN