fbpx
Dua ekor kambing terperangkap di atas bumbung sebuah rumah banglo di Kampung Kubang Kachang, Kota Bharu. FOTO IHSAN APM

Kambing terperangkap atas bumbung banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mengambil masa hampir sejam untuk menyelamatkan dua ekor kambing yang terperangkap di atas bumbung sebuah banglo di Kampung Kubang Kachang, di sini pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd. Saiful Azam Ismail berkata, pihaknya menggunakan tangga dan tali untuk memanjat bumbung sebaik tiba di lokasi pada pukul 10.17 pagi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik haiwan berusia 54 tahun selepas dimaklumkan oleh penduduk yang ternampak dua ekor anak kambing berada atas bumbung banglo milik jirannya.

“Kita terpaksa menggunakan tangga dan tali untuk memanjat bumbung setinggi enam meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, selepas sejam, dua haiwan itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pemiliknya. Operasi menangkap haiwan atas bumbung merupakan kes pertama yang dilaksanakan pihaknya di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI