fbpx
GAMBAR HIASAN.

Dewan Rakyat: Kesan peluasan skop SST terhadap isi rumah rendah dan terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas isi rumah dianggarkan rendah dan terkawal.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, anggaran itu berdasarkan unjuran awal oleh Kementerian Kewangan (MoF)

Jelas beliau, ia disebabkan pelbagai kemudahan dan pengecualian diberi sebagai langkah mitigasi memastikan beban cukai diagihkan secara adil.

“Masih terlalu awal melihat impak keseluruhan pelaksanaan SST kepada rakyat memandangkan peluasan skop SST bermula 1 Julai lalu.

“Namun unjuran awal MoF, kesan ke atas isi rumah dianggarkan rendah dan terkawal,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ros Suryati Alang mengenai kesan pelaksanaan peluasan skop SST pada 1 Julai 2025 kepada rakyat.

Hui Ying berkata, prinsip keadilan sosial dan fiskal dan aspirasi ekonomi Madani menekankan kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara.

Ujar beliau, peluasan skop SST dijangka menjana hasil tambahan sebanyak RM5 bilion pada tahun ini.

Kata beliau, ia membolehkan kerajaan menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan tanpa perlu menambah pinjaman.

“Peningkatan hasil cukai juga membolehkan kerajaan terus menyediakan subsidi bahan asas menerusi peruntukan subsidi.

“Ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat termasuk melalui program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI