fbpx
Dadah yang dirampas pasukan Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, kelmarin.

Campak tong berisi dadah ke laut sebelum lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Cubaan menyeludup dadah bernilai RM352,000 melalui perairan Pulau Pinang gagal selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya merampas 11 bungkus dadah jenis methamphetamine dalam satu operasi khas, kelmarin.

Rampasan itu dibuat hasil maklumat risikan penyeludupan dadah di laut sebelum sepasukan anggota PPM digerakkan menggunakan Bot Ronda RH35 dari Markas PPM Wilayah Satu Pulau Pinang.

Menurut Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, operasi pada pukul 8.10 malam itu melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota yang melaksanakan rondaan di sekitar perairan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar.

”Pasukan operasi mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan menuju ke arah perairan antarabangsa dipercayai Indonesia tanpa menyalakan lampu navigasi.

”Cubaan untuk memintas bot tersebut gagal kerana tekongnya memecut laju dan mengemudi secara berbahaya. Ketika dikejar, beberapa objek kelihatan dibuang ke laut sebelum bot berkenaan berjaya meloloskan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi melaksanakan pencarian di kawasan berkenaan sebelum menemukan sebuah tong biru bertutup.

”Pemeriksaan lanjut mendapati tong tersebut mengandungi 11 bungkus plastik berwarna kuning keemasan bertulis ‘Guanyinwang Refined Chinese Tea’ yang disyaki dadah.

”Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki methamphetamine seberat 11.19 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM352,000,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI