fbpx
FILEM Indonesia, Norma: Antara mentua dan Menantu kini mendapat sambutan hebat menerusi Netflix.

Syaitan betul, loya tengok Norma: Antara Mertua dan Menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FILEM Indonesia, Norma: Antara Mertua dan Menantu sekali lagi mencipta fenomena sejak ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix bermula 14 Ogos lalu.

Naskhah adaptasi kisah benar yang mengisahkan kecurangan suami kepada Norma Risma lakonan Tissa Biani iaitu Irfan (Yusuf Mahardika) dengan ibu mentuanya, Rina (Wulan Guritno).

Berdurasi dua jam 13 minit, naskhah arahan Guntur Soeharjanto itu kini mendahului sebagai filem paling popular dalam Netflix.

Rata-rata menyifatkan kisah hidup Norma menyedihkan, selain mual dengan kegilaan Irfan dan Rina yang sanggup berzina tanpa memikirkan status mentua dan menantu. Seperti selar satu watak kepada Rina, ‘syaitan’ dan buat Irfan sebagai iblis, begitu juga apa yang dirasai penonton biarpun sebenarnnmya terdetik rasa kasihan atas kejahilan Rina dan Irfan. Kasihan kerana mereka bodoh dan jahil.

“Loya tekak tengok babak Irfan dengan Rina, tergamak.

“Sedih betul hidup Norma, mesti realiti lagi teruk,” kata netizen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI