fbpx
Penumpang ketika ini menunggu bas di bawah khemah di Hentian Gua Musang, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Peruntukan RM1.5 juta bina terminal bas baharu di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Peruntukan sebanyak RM1.5 juta digunakan untuk membina terminal bas baharu di Hentian Gua Musang dalam usaha meningkatkan kemudahan dan tahap keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam bas di Kelantan.

Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang, Che Ibrahim Che Ismail berkata, projek itu dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini dan bakal memberi imej baharu kepada Hentian Gua Musang yang menjadi lokasi utama pergerakan bas ekspres serta Bas.My.

“Kemudahan yang akan disediakan antaranya ruang menunggu, kaunter tiket da penambahbaikan kemudahan asas bagi memastikan keselesaan penumpang terjamin.

“Sebelum ini, kerja-kerja menaik taraf tandas di hentian tersebut telah dilaksanakan dengan kos hampir RM350,000. Pembinaan terminal baharu itu dijangka bukan sahaja memberi keselesaan kepada penumpang tetapi memberi nafas baharu kepada Hentian Gua Musang sebagai lokasi pengangkutan darat di kawasan Kelantan selatan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Che Ibrahim yang merupakan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad berkata, beliau berharap kerajaan mempercepatkan pelaksanaan pangkalan data pemandu bagi mewujudkan pemandu bas berhemah.

“Pemandu yang mempunyai rekod buruk atau tidak mematuhi peraturan tidak akan disenaraikan, sekali gus memastikan syarikat hanya mengambil pemandu yang layak,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN