fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan empat rumah setinggan di Tanjung Tokong, di Pulau Pinang pagi tadi. Foto IHSAN JBPM

Empat rumah terbakar, 23 sekeluarga hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 23 sekeluarga hilang tempat tinggal selepas empat rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Tanjung Tokong di sini awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.14 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dengan bantuan BBP Lebuh Pantai dan Jalan Perak dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai berkenaan.

“Kebakaran melibatkan empat rumah setinggan satu tingkat kelas C yang musnah hampir sepenuhnya. Konsep RECEO diaplikasikan dan kerja-kerja pengawalan serta pemadaman dijalankan sebelum api berjaya dikawal pada pukul 3.42 pagi. Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang musnah kira-kira 90 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata 16 daripada mangsa merupakan warga tempatan manakala selebihnya warga Rohingya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN