fbpx
MUHAMAD NORAZLAN melawat Mejar Mohamad Azhar di Rumah Sakit Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Kuantan.

Juruterbang, jurusensor senjata dibenar keluar hospital, tiada kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Juruterbang dan jurusensor senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini malam tadi tidak mengalami kecederaan serius.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, juruterbang, Mejar Mohamad Azhar Alang, 34, dan jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, berada dalam keadaan baik.

Kedua-dua pegawai itu telah dibenarkan keluar Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Saya sendiri turun ke lokasi kejadian pagi ini untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung insiden tersebut dan melawat dua pegawai berkenaan bagi menzahirkan sokongan moral kepada mereka.

“Mereka berada dalam keadaan baik dan discaj pagi ini. Mereka ditempatkan di Rumah Sakit Angkatan Tentera, Pangkalan Udara Kuantan,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Kuantan hari ini.

Menurut Muhamad Norazlan, pesawat pejuang F/A-18D Honet tersebut sedang berlepas untuk melaksanakan latihan penerbangan rutin ketika kejadian malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua anak kapal berjaya melakukan prosedur kecemasan dengan selamat iaitu kaedah ‘eject’ keluar daripada pesawat.

Katanya, juruterbang mengalami keretakan tulang pinggul disebabkan hentakan atas bitumen dan kesan kebakaran pada kaki kiri. Jurusensor senjata pula mengalami lebam di badan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI