fbpx
Anwar berbincang mengenai perkembangan gencatan senjata melalui telefon bersama Hun. - Foto X ANWAR IBRAHIM

Anwar, Hun bincang perkembangan gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan telefon dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

Beliau berkata, perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan keamanan dan kestabilan di sempadan kedua-dua negara jiran itu.

“Kami turut menyentuh perihal pasukan pemerhati sementara (IOT) yang telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan sempadan kedua-dua negara tetangga dan berbincang lanjut mengenai langkah lain yang boleh dilakukan untuk memperkemas keberkesanan operasi pemantauan oleh IOT,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Terdahulu, pada 28 Julai lalu, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjadi tuan rumah mesyuarat penting di Kuala Lumpur yang menghimpunkan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayacha.

Susulan mesyuarat itu, Perdana Menteri mengumumkan kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah awal membina semula kepercayaan dan kerjasama.

Konflik di sempadan Preah Vihear tercetus pada 28 Mei lalu mengorbankan 15 nyawa dan memaksa lebih 100,000 penduduk berpindah, sekali gus membangkitkan semula pertikaian lama membabitkan sempadan sepanjang 817 kilometer antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI