fbpx
PSG menjulang trofi kelima selepas muncul juara pada saingan Piala Super Eropah menewaskan Spurs menerusi penentuan penalti.

Piala Super Eropah: Chevalier wira baharu PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UDINE, Itali – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique memuji impak penjaga gol baharu, Lucas Chevalier selepas membantu pasukan meraih Piala Super Eropah dengan menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, Chevalier berjaya menepis sepakan penalti yang diambil oleh Micky van de Ven selain cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan untuk memastikan pasukan menang 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 2-2.

“Walaupun baru sahaja menyertai pasukan, kita meletakkan kepercayaan penuh kepada Chevalier dan dia telah menyerap tekanan dengan sebaik mungkin.

“Dia telah beraksi dengan cemerlang dan kami gembira dapat menghadiahkan trofi pertama kepadanya,” kata Enrique.

PSG mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 0-2 untuk mengheret aksi ke penentuan penalti apabila meraih gol menerusi penyudah Lee Kang-in pada minit ke-85 dan Goncalo Ramos pada masa kecederaan.

Kejayaan itu menyaksikan PSG telah meraih trofi kelima pada tahun ini selain Piala Super Perancis, Liga Juara-Juara Eropah, Ligue 1 dan Piala Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI