fbpx
Solanke menjaringkan gol menarik ke atas Manchester City pada aksi awal pagi tadi.

EPL: Semangat Spurs belum luntur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Thomas Frank masih positif pasukannya dapat mencipta magis dalam misi mendaki carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 2-2 bertemu Manchester City di laman sendiri, awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, Spurs mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol dengan penyerang utama, Dominic Solanke muncul wira apabila memastikan pasukan meraih satu mata berharga.

Kata Frank, keputusan itu pastinya meredakan tekanan buat pasukan yang telah dikritik hebat sebelum ini kerana gagal pamer aksi konsisten khususnya di pentas EPL.

“Saya rasa kita boleh mencipta magis bersama, tetapi dengan syarat, semua pihak perlu bersatu khususnya penyokong kami. Pujian wajar diberikan kepada penonton di stadium kerana menaikkan aura untuk memudahkan pasukan untuk bangkit.

“Pemain pula mempamerkan mentaliti tidak menyerah kalah dan saya harap keputusan ini dapat jadi anjakan buat pasukan untuk terus bangkit pada perlawanan akan datang,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN