fbpx
AZEEM perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada Universiti Auburn untuk menyertai Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

Malaysia perlukan Azeem ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil meluahkan harapan besar untuk melihat jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi beraksi di pentas Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini.

Namun, beliau menegaskan bahawa keputusan muktamad penyertaan atlet 21 tahun itu kini bergantung sepenuhnya kepada ‘lampu hijau’ daripada pihak pengurusan dan jurulatihnya di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Manshahar, walaupun nama Azeem disenaraikan dalam tiga acara iaitu 100 meter (m) 200m dan 4x100m, komitmen pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou tersebut terhadap pembelajaran, program latihan serta kejohanan di AS menjadi penentu.

“Sudah pasti dia adalah salah satu aset terbaik negara. Pada pandangan saya, jika Azeem dapat pulang ke Malaysia, ia adalah satu perkara yang sangat menggembirakan.

“Namun, kita tidak boleh memaksa kerana dia terikat dengan komitmen dan perjanjian kontrak bersama universitinya di Auburn,” kata.

Manshahar menjelaskan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu akan kembali ke AS dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama Universiti Auburn.

Ujarnya, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Olahraga Malaysia (MA) akan turut serta dalam perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik buat Azeem yang memenangi pingat emas 100m Terbuka India di Stadium Kalinga, Bhubaneswar kelmarin.

Jika Azeem tidak dapat menyertai skuad negara ke Sukan SEA Thailand, Terbuka Malaysia hujung bulan ini akan menjadi medan pemilihan bagi mencari penggantinya.

“Peluang masih terbuka kepada semua pelari pecut lain membuktikan kemampuan mereka. Kita ada pelan A dan B, apa yang penting pasukan olahraga negara akan bersedia dengan barisan terkuat,” tambah Manshahar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI