fbpx
Akmal Saleh

‘Esok aku datang ajar cara ukur batang bendera yang betul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegur secara keras tindakan pihak tertentu yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik dan berjanji akan bersemuka dengan individu terbabit esok bagi mengatasi isu tersebut.

Menurut jemputan yang dihantar sekretariat media sayap parti itu, himpunan yang diberi nama “Himpunan Maruah Tanah Airku” itu akan diadakan di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada pukul 12 tengah hari.

“Ukur batang tiang siap ambil gambar dan kibarkan bendera Malaysia yang terbalik ya. Tidak mengapa, esok aku datang untuk ajar cara ukur batang bendera yang betul ya. Tunggu tau…,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video yang memaparkan seorang lelaki memegang bendera secara terbalik pada sebatang tiang, manakala seorang lagi merakamnya.

Video itu kemudian dikongsi Dr. Muhamad Akmal yang menggelar individu terbabit sebagai ‘pengkhianat negara’ dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI