fbpx
Puqtra Hairry (tengah), Kamaliza (kanan) dan Zaid memegang replika cek kemenangan masing-masing pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2025 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

KOSMO! raih dua Anugerah Media Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, KOSMO! dan Utusan Malaysia meraih tiga anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu 2025 yang berlangsung malam tadi.

Jurugambar KOSMO!, Puqtra Hairry Rosli memenangi tempat kedua bagi Kategori Foto Terbaik Media Cetak menerusi gambar, Sarung Cempedak yang menggambarkan warna-warni perniagaan kecil di desa sebagai simbol ekonomi rakyat disiarkan 24 Jun 2024.

Pemberita sambilan KOSMO!, Kamaliza Kamaruddin turut meraih tempat kedua bagi Kategori Berita Terbaik Media Cetak hasil rencana, Rania ‘Pengembala’ Cilik Kambing yang mengangkat kisah seorang anak kecil yang tidak kekok ‘berkawan’ dengan kambing peliharaan bapanya disiarkan pada 22 September 2024.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Sementara itu, bekas Wakil Negeri Utusan Malaysia Terengganu, Zaid Mohd. Noor pula mendapat tempat ketiga dalam kategori sama menerusi laporan Tasik Kenyir Nadi Kehidupan yang menyorot kepentingan tasik tersebut sebagai sumber ekonomi, pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar disiarkan pada 8 September 2024.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan.

Penyampaian ketiga-tiga anugerah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Dalam majlis sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dinobatkan sebagai Tokoh Media Berpengaruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI