fbpx
Wan Ismail (kanan) bersama isterinya, Zuraihan Mahmod menunggu kepulangan Eda Ezrin di ICQS Rantau Panjang, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL /KOSMO!

Bapa mahu Eda Ezrin berehat seketika daripada menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Bapa kepada penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, mahu anaknya berehat buat seketika daripada bidang nyanyian selepas dibebaskan daripada tahanan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.

Wan Ismail Wan Yusof, 52, berkata, dia berharap Eda Ezrin dapat bertenang terlebih dahulu sebaik sahaja masuk ke negara ini tidak lama lagi.

“Bagi saya, Eda Ezrin perlu berehat dulu seketika daripada menyanyi. Saya mahu dia bertenang kerana dia baru sahaja dibebaskan.

“Komposer lagu Bea Soba Bea, Eddie Hamid ada menghubungi saya baru-baru ini. Saya juga sudah maklumkan biar Eda Ezren bertenang dulu. Jika mahu bertemu mata dengan Eda Ezrin selepas dia dibebaskan tiada masalah,”
katanya ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI