fbpx
ROSLI ketika Program Hari Bersama Media 2025 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan hari ini.

Pelayar Turkiye masih hilang terperangkap dalam kapal ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus menggandakan usaha dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang pelayar warga Turkiye yang dikhuatiri masih hilang selepas kapal layar dinaikinya karam di perairan Pulau Yu, Kuala Terengganu, Selasa lalu.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Rosli Abdullah berkata, pihaknya percaya mangsa mungkin terperangkap dalam kapal layar yang karam, selepas dua rakannya memaklumkan sempat terjun menyelamatkan diri ketika kejadian.

“Dua mangsa lain yang terselamat memaklumkan mereka sempat terjun ketika kapal karam, namun seorang lagi dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana dipercayai sedang tidur.

“Kami percaya mangsa mungkin terperangkap dalam kapal layar yang tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Hari Bersama Media 2025 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI