fbpx
Kebakaran hutan di Jalan Kiambang Sari 1, Felda Sungai Buaya. -Foto JBPM

Kebakaran hutan di Sungai Buaya, bomba berjaya padam 23.47 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih giat menjalankan operasi memadam kebakaran hutan yang berlaku di Jalan Kiambang Sari 1, Felda Sungai Buaya sejak petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 24.28 hektar hekta itu telah berjaya dipadamkan sebanyak 23.47 hektar, manakala baki dua ekar lagi masih dalam proses pemadaman.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.36 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa ke lokasi, dengan bantuan anggota dari BBP Rawang.

“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 6.47 petang, komander operasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan yang luas dan api sedang marak.

“Kerja-kerja pemadaman terus dijalankan namun keadaan muka bumi berbukit serta tiupan angin kuat menyukarkan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi melibatkan tujuh anggota bersama dua jentera melibatkan jentera ringan (CFRT) dan kenderaan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dengan pemantauan dilakukan sepanjang malam bagi mengelak kebakaran merebak.

Menurutnya, pemantauan dilakukan sepanjang malam bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan lain.

“Setakat pukul 7 pagi, 23.47 hektar berjaya dipadamkan manakala baki dua ekar masih dalam usaha pemadaman.

“Tiada mangsa dilaporkan dan siasatan punca kebakaran sedang dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI