fbpx
NUR SHAZLIN NABILAH (tengah) ketika bersama ibu bapanya. Dia kini dilaporkan koma akibat kemalangan jalan raya.

Belum ada berita gembira buat Nur Syazlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ahli keluarga tidak putus-putus berdoa selain berharap mangsa kemalangan langgar lari, Nur Shazlin Nabilah Mohd. Sharif, 23, kembali sedar selepas lebih dua bulan terlantar akibat koma.

Bapa mangsa, Mohd. Sharif Ali, 51, berkata, sudah 69 hari Nur Shazlin tidak sedarkan diri dan masih dirawat di sebuah hospital di Seberang Perai.

Menurutnya, keadaan Nur Shazlin yang merupakan pelajar semester empat Institut Latihan Kementerian Kesihatan (Kejururawatan) di Bertam itu masih lemah dan kerap demam menyebabkan bacaan nadinya laju.

“Doktor dah tanggalkan simen pada tangan kanan yang patah minggu lalu tapi nampak bengkok. Memang perlu pembedahan semula, mungkin pertengahan Ogos nanti.

“Keadaan lain masih sama. Bengkak otak, bengkak mata, tompok strok tisu rosak. Hari ini (semalam) pun nampak kepala kakak kemek, bengkak masih belum kecut,” katanya di sini semalam.

Namun, dia yakin dan percaya anaknya itu akan kembali sedar dan sihat seperti sediakala.

“Allah akan bantu, jaga dan bagi Kakak (nama panggilan Nur Shazlin) sedar. Sayu sungguh lihat kakak ketika ini. Doktor juga memaklumkan keadaannya masih sama dan tidak beri sebarang jaminan,” ujarnya.

Sejak mangsa koma, Mohd. Sharif dan isteri sentiasa berada di sisi Nur Shazlin setiap masa.

Mengenai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), katanya, dia sudah menyerahkan seba­nyak lima nombor pendaftaran kereta dan motosikal yang berada di lokasi kejadian pada 26 Mei lalu kepada polis.

“Setakat ini, tiada saksi kejadian tampil ke hadapan dan kami begitu mengharapkan kehadiran saksi-saksi utama. Kami juga menunggu keputusan siasatan polis,” ujarnya dalam nada sebak.

Kosmo! pada 27 Jun lalu me­laporkan, seorang model serta jurumekap sambilan, Nur Shaz­lin masih tidak sedarkan diri selepas 31 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurologi, Hospital Pulau

Pinang akibat kemalangan motosikal di Lake View Bertam, Seberang Perai Utara pada 26 Mei lalu.

Kejadian turut meninggalkan kesan kepada seluruh ahli keluarga yang sehingga kini masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN