fbpx
Eda ketika awal-awal di penjara mengalami kemurungan.

Penyanyi Bea Sobar Bea makin cantik, tidak lagi murung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi lagu Bae Sobar Bae, Eda Ezrin dikatakan semakin cantik dan berisi semasa menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat di sini.

Selain itu, emosi Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, juga dilaporkan baik meskipun sudah hampir lapan bulan berada di penjara tersebut.

Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep berkata, tahap kesihatan penyanyi itu ber­ada dalam keadaan baik, malah tidak lagi mengalami kemurungan seperti peringkat awal ditahan.

“Eda Ezrin bersama dua rakannya ditempatkan di Zon 8 iaitu blok penjara wanita dan mereka mengikuti aktiviti harian seperti biasa.

“Dia (Eda Ezrin) sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang pegawai yang menjaga banduan wanita di penjara itu, turut memaklumkan bahawa Eda Ezrin semakin cantik dan berisi.

“Eda Ezrin tidak mengalami sebarang masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik. Mungkin hatinya senang,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, impian Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan untuk keluar dari penjara dalam masa terdekat mungkin berkecai apabila penahanan mereka di negara tersebut boleh disambung tanpa had masa.

Eda Ezrin dengan suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, perlu menjalani tambahan tempoh tahanan di penjara setiap bulan meskipun sudah dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda pada 6 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, ia bergantung kepada keputusan mahkamah untuk membenarkan atau tidak permohonan yang dibuat oleh pihak pendakwa raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN